Jul 02, 2025 - FASOmid Musawi diumumkan secara rasmi sebagai pemain import ketiga Gergasi Merah bagi mengharungi persaingan Liga Malaysia, serta kejohanan antarabangsa AFC Champions League Two (ACL TWO) dan Kejohanan Kelab ASEAN bagi musim 2025/26.
Dilahirkan di Mazar-i-Sharif, Afghanistan namun dibesarkan di Belanda, Omid memulakan perjalanan bola sepaknya bersama pasukan belia Apeldoornse Geheel Onthouders Voetbalvereniging (AGOVV), Apeldoorn. Kemudian, pada tahun 2011, beliau menyertai akademi FC Twente, dan berjaya menjaringkan 10 gol serta mencatatkan 3 bantuan jaringan dalam 31 penampilan, selain turut membuat beberapa penampilan bersama pasukan simpanan FC Twente. Beliau kemudiannya terus bersama skuad belia di Vitesse, Netherlands dan PEC Zwolle sebelum dinaikkan pangkat ke pasukan senior kelab tersebut.
Kariernya terus berkembang secara konsisten di peringkat antarabangsa, Omid kemudian terbang ke Australia dan menandatangani kontrak profesional pertamanya bersama Para Hills Knights SC yang beraksi dalam State League 1 Australia dengan jumlah keseluruhan 26 penampilan termasuk dalam saingan NPL South Australia.
Penyerang berdarah campuran Afghanistan-Belanda ini meneruskan pengembaraan kariernya apabila menandatangani kontrak bersama Selangor FC pada Oktober 2024. Beliau pada awalnya tampil bersama skuad B-23 kelab dalam saingan Piala MFL, di mana beliau menunjukkan impak dan kerjasama yang positif dengan yang baik bersama rakan sepasukan. Dalam masa yang sama, Omid turut menjalani latihan secara konsisten bersama skuad utama sepanjang musim 2024/25. Usahanya dalam sesi latihan akhirnya membuahkan hasil apabila berjaya menarik perhatian barisan kejurulatihan untuk disenaraikan dalam skuad utama bagi musim ini.
Selain itu, Omid juga merupakan antara tonggak utama skuad kebangsaan Afghanistan sejak membuat penampilan sulungnya dalam perlawanan persahabatan menentang Vietnam pada 1 Jun 2022. Sehingga Mac 2025, beliau telah mewakili negaranya dalam sembilan perlawanan antarabangsa. Dikenali dengan kepantasan, fleksibiliti dalam posisi serangan serta kelajuan larian, Omid Musawi dianggap sebagai bakat yang berpotensi tinggi buat pasukan bola sepak Afghanistan.
Penyerang berusia 24 tahun itu kongsikani pengalamannya bersama Selangor FC setakat ini, “Sejak perpindahan saya tahun lalu, dari saat pertama saya menjejakkan kaki ke Selangor FC, saya tidak merasa kekok langsung dan membuatkan saya terus menyukai kelab ini. Saya bermula dengan skuad B-23, dan saya amat bangga dapat menjadi sebahagian daripada pasukan utama kelab ini. Selangor FC merupakan sebuah kelab yang hebat, profesional dan memberi tumpuan kepada pembangunan. Oleh itu, saya percaya saya boleh mengembangkan lagi bakat saya, bukan sahaja sebagai pemain bola sepak tetapi juga sebagai individu.”
Omid turut menyatakan sasaran peribadinya dan mahu berjuang untuk para penyokong, “Sasaran saya musim ini adalah untuk bermain sebanyak mungkin, bekerja keras dan serta berusaha untuk menyumbang kepada kejayaan pasukan. Saya mahu membantu kami mencapai matlamat kami, dan yang paling penting, saya harap dapat membuat para penyokong bangga dan gembira. Sokongan mereka sangat bermakna buat pasukan, dan saya akan melakukan yang terbaik untuk gembirakan.”
Selangor FC mengucapkan tahniah kepada Omid Musawi. Semoga beliau terus memperkasa jentera serangan Red Giants dalam saingan Liga Malaysia serta kejohanan antarabangsa ACL TWO dan Kejohanan Kelab ASEAN bagi musim 2025/26. #MusawiIsRed
Jangan lepaskan sebarang kemaskini daripada Selangor FC, ikuti kami di media sosial untuk berita terkini dan intipati persiapan skuad menjelang musim 2025/26.
Demi Kebanggaan!